usahawanbaharu.com

BERITA TERKINI

Lebih RM500,000 pembiayaan diberi kepada 35 peminjam bekas banduan

KUALA LUMPUR: Seramai 35 bekas banduan di seluruh negara menerima manfaat daripada pembiayaan berjumlah RM531,000 sejak 2006 hingga 30 April lalu melalui Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Nasional dan pembiayaan khas lain.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Noh Omar berkata, pembiayaan itu dapat membantu golongan terpinggir seperti bekas banduan untuk kembali menyumbang kepada masyarakat.

“Kita nak berikan peluang kedua kepada mereka. Ini adalah satu usaha kerajaan beri bantuan kepada golongan-golongan yang terpinggir seperti bekas banduan.

“Siapa nak bela mereka dan bawa mereka kembali kepada masyarakat,” katanya selepas merasmikan program usahawan baharu dalam kalangan bekas banduan di ibu negara hari ini.

Noh berkata, program seperti usahawan baharu itu memberi peluang kedua kepada bekas banduan.

Beliau turut mengakui program pembiayaan kepada bekas banduan sebelum ini kurang mendapat sambutan kerana tidak diwar-warkan walaupun ada kerjasama dengan pihak penjara.

Bagaimanapu, beliau berkata, satu memorandum persefahaman (MoU) antara NGO Pertubuhan Rakan Ghullam Kembali (Pergak) dan Tekun Nasional akan ditandatangani bagi memberi peluang kepada bekas banduan menjadi usahawan.

“Pergak selepas ini akan ditugaskan untuk “turun padang” bersama mencari bekas banduan, beri latihan kepada mereka untuk menjadi usahawan dan memantau untuk pastikan mereka benar-benar terlibat kembali kepada masyarakat,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Pergak, Siti Murni Sheikh Ahmad berkata, program dijalankannya selama tiga tahun itu telah berjaya menjaga seramai 3,000 bekas banduan setakat ini.

Beliau berkata, daripada jumlah itu 70% daripada mereka telah berjaya mendapat pekerjaan.

Katanya, melalui program usahawan baharu hari ini, pihaknya dengan kerjasama Straits Millennium Sdn Bhd akan melahirkan kira-kira 100 usahawan Grocer Mart, iaitu pasaraya 100% milik Bumiputera.

Program Usahawan Baharu dalam kalangan bekas banduan bagi membantu golongan sasar tersebut adalah advokasi industri sebagai misi anjakan paradigma daripada ‘marginal Ggroup’ kepada ‘aset negara’ setelah menjalani latihan program I-Kembali selama 12 bulan.

“Pada masa hadapan, pihak kami akan mensasarkan lebih ramai usahawan industri dalam pelbagai sektor seperti kafe food truck, perkhidmatan auto spa kereta, perkhidmatan gunting rambut dan perkhidmatan servis penghawa dingin,” katanya.

Sumber : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/05/19/lebih-rm500000-pembiayaan-diberi-kepada-35-peminjam-bekas-banduan/

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

MAJLIS PERASMIAN DAN SIDANG MEDIA PROGRAM USAHAWAN KLUSTER BAHARU DARIPADA KALANGAN BEKAS BANDUAN

PROGRAM USAHAWAN KLUSTER BAHARU DARIPADA KALANGAN BEKAS BANDUAN

Kerajaan tawar pengecualian cukai, bantu golongan B40, bekas banduan – Noh Omar

Kerajaan Mahu Bantu Bekas Banduan Kembali Kepada Masyarakat

Program Usahawan Kluster Baru daripada kalangan Bekas Banduan, Bekas Penagih, Orang Kurang Upaya (OKU) dan Belia

KUSKOP SASAR LAHIRKAN LEBIH RAMAI USAHAWAN DALAM KALANGAN BEKAS BANDUAN, PENAGIH DADAH – NOH OMAR