usahawanbaharu.com

BERITA TERKINI

Kerajaan Mahu Bantu Bekas Banduan Kembali Kepada Masyarakat

KUALA LUMPUR: Kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mahu membantu lebih ramai golongan terpinggir seperti bekas banduan dan bekas penagih kembali kepada masyarakat.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata dalam sidang media selepas merasmikan Program Usahawan Kluster Baru Daripada Kalangan Bekas Banduan, Bekas Penagih, Orang Kurang Upaya (OKU) dan Belia di Hotel Four Seasons, Kuala Lumpur pada Khamis.

Program anjuran Pertubuhan Rakan Ghullam Kembali (PERGAK) serta Straits Millenium Sdn Bhd dan Group Ghullam Development Sdn Bhd itu adalah usaha membantu memberikan peluang pekerjaan kepada golongan-golongan tersebut.

“Program hari ini amat bermakna sekali, dalam usaha kerajaan untuk memberikan bantuan kepada golongan-golongan yang terpinggir seperti golongan bekas banduan, bekas penagih

“Siapakah yang nak membela mereka? Bagaimanakah cara untuk membawa mereka kembali kepada masyarakat, bukan sahaja setakat kembali kepada masyarakat, tetapi kita hendak memberikan peluang kedua kepada mereka,” kata Noh.

Menurut beliau, program seperti ini sebenarnya sudah dimulakan kerajaan melalui KUKOP sebelum ini, namun kurang mendapat sambutan walaupun sudah ada perbincangan dengan pihak penjara dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Kerajaan mengalu-alukan program seperti ini dilaksanakan badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang lain supaya apa yang dirancang kementerian akan dapat diperluaskan.

“Hari ini, Alhamdulillah, bila PERGAK ini ada, mereka akan turun padang, akan bersama-sama mencari bekas-bekas banduan dan penagih ini, bukan sahaja untuk pekerjaan makan gaji, tetapi mereka memberi latihan dan memulihkan semula semangat mereka.

“Akhirnya, mereka berjaya mendapat peluang pekerjaan apabila mereka diberi latihan,” ujar beliau lagi.

Beliau turut berharap program seperti ini akan mendapat sambutan yang lebih baik, program lebih berkesan dan ada pemantauan untuk memastikan golongan yang disasarkan benar-benar terlibat untuk kembali kepada masyarakat.

Sumber : https://sumberkini.my/kerajaan-mahu-bantu-bekas-banduan-kembali-kepada-masyarakat/

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

MAJLIS PERASMIAN DAN SIDANG MEDIA PROGRAM USAHAWAN KLUSTER BAHARU DARIPADA KALANGAN BEKAS BANDUAN

PROGRAM USAHAWAN KLUSTER BAHARU DARIPADA KALANGAN BEKAS BANDUAN

Kerajaan tawar pengecualian cukai, bantu golongan B40, bekas banduan – Noh Omar

Program Usahawan Kluster Baru daripada kalangan Bekas Banduan, Bekas Penagih, Orang Kurang Upaya (OKU) dan Belia

KUSKOP SASAR LAHIRKAN LEBIH RAMAI USAHAWAN DALAM KALANGAN BEKAS BANDUAN, PENAGIH DADAH – NOH OMAR

sidang media perasmian program usahawan baharu

sidang media perasmian program usahawan baharu