usahawanbaharu.com
MODUL
PEMBANGUNAN MODAL INSAN
Membangunkan usahawan tani dari segi memperkaya modal insan iaitu dengan peningkatan tahap pengetahuan dan kecekapan pengusaha mengeluarkan produk melalui :
1. Latihan Kemahiran Teknikal (teori dan amali mengikut amalan dan elemen teknologi pemprosesan dan pengeluaran bagi memastikan pemindahan teknologi dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan)
2 Kemahiran Perniagaan melalui latihan pengurusan kewangan, perakaunan. pemasaran, penjenamaan dan komunikasi kepada pengusaha supaya usahawan yang akan dibangunkan mampu berdaya tahan dalam mengurus tadbir perniagaan disamping membantu meningkatkan pendapatan mereka dan penduduk kawasan setempat.
PEMBANGUNAN PRODUK & INDUSTRI
Program Pembangunan Produk & Industri memberi tumpuan dalam membangunkan usahawan industri pemprosesan ke arah peningkatan kualiti produk bagi menembusi pasaran yang lebih luas.
Antara skop di bawah program ini adalah :
1. Menjalankan kajian produk baru yang berinovasi dan berimpak tinggi.
2. Mengenal pasti usahawan yang berpotensi menghasilkan produk berkualiti., perakaunan. pemasaran,
3. Menjalankan kerjasama dengan jabatan/agensi penyelidikan untuk pembangunan dan peningkatan kualiti produk.
4. Memperkukuhkan pengetahuan usahawan tentang kualiti dan pembangunan produk melalui pemindahan teknologi secara latihan teknikal dan kemahiran keusahawanan.
5. Meningkatkan pengeluaran melalui pemodenan infrastruktur, mesin dan peralatan.
6. Mewujudkan SOP produk-produk berpotensi untuk pengeluaran secara komersial.